Hari minggu, bawa keluarga jalan-jalan, sempena ulangtahun ke-3 perkahwinan aku dan sang isteri. Makan tengahari buat pertama kalinya di Carl's Jr @ The Mines. Aku beli set #6 (tak ingat apa nama) dan memang BESAR burgernya. Jenuh nak habiskan juga. Usai meningkatkan kandungan kolestrol, kami memulakan window shopping. Tumpuan pertama adalah terus ke Courts tapi tersangkut di kedai buku Gramedia yang melancarkan clearance sales. Malangnya 3 suku daripada kedai tu dah clear habis. Maka aku tercari-carilah daripada saki baki buku yang ada nak dibeli. Potongan sebanyak 70% bagi buku English dan Cina. Tengok punya tengok punya tengok, akhirnya aku berkenan dengan buku daripada James Rollins.
How the hell did I want to buy an English language book? Ok, English aku suck ass. Tapi daripada semalam (11 Dis) sampai pagi ini aku dah sampai bab 9 dan aku memahami isi setiap bab kerana aku merasakan penulisan James Rollins tidaklah susah sangat nak faham. Kalau buku Bahasa Melayu tu satu malam boleh habis. Oleh kerana ini English, maka aku perlu hadam setiap perenggan betul-betul supaya tak melopong apabila tiba bab yang seterusnya.
Kalau mengikut sinopsis buku ini dibahagian belakang, Dr Lorna Polk, seorang veterinar, bakal menemukan rahsia yang menakutkan yang berkaitan dengan sejarah lampau manusia - aku cuba nak translate sebenarnya tapi seperti yang telah ditegaskan - English aku suck ass. Tapi jangan risau. Sinopsis penuh ada dalam English di S I N I.
Aku jadi bersungguh untuk membaca buku ini kerana sang isteri hadiahkan kepada aku. Dan yang paling sebetulnya setelah diperli kerana tak baca lagi 3 buku yang dibeli semasa Big Bad Wolf menyerang MAEPS baru-baru ini. Eheh....
3 buku di Big Bad Wolf menjadi hiasan rak buku, nak bagi nampak gempak ada buku kulit tebal.
Hujung tahun ini mesti banyak jualan murah tak kira buku atau seluar dalam. Tetapi sebagai rakyat Malaysia yang berdedikasi dan berilmiah, belilah buku untuk anda, isteri, anak-anak dan keluarga. #katakatatakberapahikmah
p/s: Sang isteri sempat beramah-mesra dengan cashier Gramedia. "Nak pindah kedai ke buat clearance?" tanya sang isteri. "Tak, nak tutup" jawap minachi cashier. Begitulah kisahnya.







